Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang
bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar
suara.
Lima Perkara
Maka
salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam
bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari
rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama,
apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua, engkau sembunyikan,
ketiga, engkau terimalah, keempat, jangan engkau putuskan harapan, yang kelima,
larilah engkau daripadanya.”
Pada
keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan
kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku
hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”
Kata sang Nabi.
Maka,
Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.
Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga
menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke
mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan
syukur ‘Alhamdulillah’.
Kemudian
Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.
Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun
menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian
ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu keluar semula. Nabi itu pun
menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka
berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba
dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil.
Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata. “Wahai Nabi Allah, tolonglah
aku.”kata si burung.
Mendengar
rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan
dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung elang itu
pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata. “Wahai Nabi Allah, aku sangat
lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau
patahkan harapanku dari rezekiku.”kata sang elang.
Nabi
itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, ia tidak boleh
putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit
daging pahanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu,
elang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas
kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu
dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari
situ kerana tidak tahan menghirup bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah
menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam
itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata. “Ya Allah, aku telah
melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka
jelaskanlah kepadaku arti semuanya ini.”katanya.
Dalam
mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. “Yang pertama engkau makan itu
ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika
bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi
lebih manis daripada madu.
Kedua, semua amal kebaikan (budi), walaupun
disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka
janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah
untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan
hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul
membuat ghibah.
Kelima
perkara ini kemudian Nabi sampaikan kepada umat Islam. Sebab kelima-lima
perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara
yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang
menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat
bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita. *Is
No comments:
Post a Comment